Sambungkan perniagaan anda dalam talian dengan
Pelan GetResponse Free-Forever

MULA SEKARANG KETAHUI LEBIH LANJUT

Percuma Pembina Tapak Web

Buat kehadiran dalam talian yang unik dengan Website Builder berasaskan AI tanpa mengekod.

Terangkan keutamaan bisnes dan visual anda untuk mendapatkan templat tapak web yang diperibadikan atau buat rekaan tersuai anda sendiri dari mula.

Tidak memerlukan kad kredit | Selamanya percuma | Batal bila-bila masa

Kenapa Website Builder adalah alatan untuk anda

Penyelesaian tanpa kod untuk membina tapak web

Bina halaman anda dalam beberapa minit dengan bantuan AI dan mula mempromosikan bisnes anda.

Kebebasan mutlak rekaan

Dapatkan semua alatan kreatif yang anda perlukan untuk menghidupkan idea anda dan mempamerkan jenama anda.

Templat tapak web untuk industri anda

Cari templat boleh suai prareka berdasarkan keperluan bisnes anda.

Suit pemasaran dalam talian lengkap

Promosikan tapak web anda melalui semua saluran anda tanpa meninggalkan langsung GetResponse.

Pembinaan tapak web lebih mudah sekarang

Sama ada halaman bisnes, tapak web acara, atau portfolio anda, dalam beberapa saat anda boleh membuat tapak web yang menakjubkan yang kelihatan bagus di semua jenis peranti.

Guna wizard AI

Jana tapak web diperibadikan dengan cepat dengan menjawab beberapa soalan mudah tentang keperluan bisnes anda.

CUBA WIZARD AI SEKARANG ›
Anda buatnya sendiri

Pilih templat dan guna editor seret dan lepas untuk menyesuaikan rekaan anda.

MULAKAN ›
AKAN DATANG
Import tapak web

Import teks, gambar, dan fail dari tapak web pilihan anda dan biarkan Website Builder membuatnya.

Kehadiran dalam talian anda bermula dengan tapak web

Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda mahu untuk tapak web anda, suaikan ia mengikut keperluan anda menggunakan alatan, dan ciri lanjutan.

Seret dan lepas idea anda

Gunakan editor seret dan lepas untuk menghidupkan idea kreatif anda.

Gunakan bahagian yang tersedia dibuat

Bina halaman anda dalam beberapa minit dengan bantuan AI.

Jadikan tapak web anda boleh dilihat dalam talian

Gunakan alatan pengoptimuman SEO untuk menarik trafik organik ke tapak web anda.

Analisis prestasi

Jejaki jumlah lawatan, klik, dan ketahui apa yang paling sesuai.

MULA BINA TAPAK WEB ANDA SECARA PERCUMA ›

Urus rekaan tapak web anda dengan satu klik

Mahu mengubah fon anda, palet warna atau gaya butang? Buat perubahannya dengan satu klik dan gunakan ia untuk keseluruhan tapak web dengan alatan Rekaan Global.

Klik ikon di bawah untuk melihat cara ia berfungsi:
CUBA VERSI PENUH PERCUMA ›

Tingkatkan penukaran tapak web anda dengan pop timbul terbina dalam

Ada kemas kini atau tawaran istimewa? Tarik perhatian pengunjung anda dengan borang dan pop timbul yang tepat pada masanya - dicetuskan secara automatik berdasarkan tetapan anda.

Apabila digunakan secara betul, pop timbul dan borang dengan tawaran istimewa dan kemas kini boleh meningkatkan penukaran tapak web anda sehingga 10%.

Pilih domain yang betul untuk tapak web anda

Wujudkan kehadiran dalam talian anda dengan memilih domain anda. Siapkannya dengan mudah menggunakan pilihan di dalam  Website Builder.

  • Guna satu daripada domain percuma yang tersedia
  • Sambungkan domain anda sendiri untuk konsistensi jenama
  • Beli domain baharu terus melalui GetResponse
  • Pastikan sekuriti maksimum dengan sijil SSL
MULA MEMBINA KEHADIRAN DALAM TALIAN ANDA ›
Baru bermula?

Sambungkan perniagaan anda dalam talian dengan Pelan GetResponse Free

GetResponse Free ialah satu penyelesaian untuk semua perniagaan baru bermula yang mencari cara menyambungkan perniagaan mereka dalam talian.

Nikmati pelan selamanya percuma yang termasuk:

  • Pemasaran emel
  • Pembina tapak web + 5GB jalur lebar
  • Sambungkan domain
  • Halaman pendaratan
  • Borang pendaftaran dan kenalan
Sambungkan perniagaan anda dalam talian dengan Pelan GetResponse Free

Jimat masa dengan templat tapak web prareka

Dapatkan templat pereka yang secara automatik disuaikan untuk mesra mudah alih dan dioptimumkan untuk peranti.

TEROKAI LEBIH BANYAK TEMPLAT ›

Anda boleh membina tapak waeb anda kurang daripada 15 minit

GetResponse Website Builder menggunakan AI termaju untuk membuat tapak web untuk anda.

Alami betapa mudahnya menggunakan pembuat tapak web baharu sendiri, hanya dengan memberi maklumat asas kepada AI!

BUAT TAPAK WEB DENGAN AI

Bina, urus, dan kembangkan
keseluruhan bisnes dalam talian anda dengan GetResponse

Dapatkan suit lengkap semua alatan pemasaran penting yang anda perlukan untuk menjalankan bisnes hebat dalam talian.

Website Builder diterangkan

Kenapakah saya memerlukan tapak web?

Menurut kajian pra-COVID, 70-80% orang mencari bisnes dan menyelidik syarikat dalam talian sebelum membuat keputusan pembelian. Ini biasanya bermula dengan tapak web mereka, untuk melihat apa yang mereka tawarkan, mungkin di mana mereka berada, latar belakang mereka dan banyak lagi.

Walaupun ada cara lain untuk mula membina kehadiran dalam talian anda, seperti membuat halaman Facebook atau halaman Bisnes Saya di Google, satu-satunya penyelesaian yang memberi anda kawalan sepenuhnya mengenai cara jenama anda muncul, rupanya, dan berbicara kepada pelanggan anda adalah memiliki tapak web.

Bukan itu sahaja, tapak web yang direka dengan baik akan meningkatkan kredibiliti bisnes anda dan membantu anda menukar lebih banyak pelanggan. Selain itu, jika anda merancang untuk mengiklankan bisnes anda melalui Google Ads atau Facebook Ads, lebih baik mendorong orang ke tapak web yang anda mempunyai kawalan sepenuhnya.

Bagaimana pula dengan pengehosan domain? Adakah GetResponse akan menyediakan pengehosan percuma—atau adakah saya perlu menyelaraskannya di tempat lain?

Beginilah... kami boleh menyediakan pengehosan percuma untuk tapak web yang dibuat dengan Pembina Tapak Web GetResponse!

Domain percuma ini akan muncul sebagai YourCompanyName.grwebsite.com, tetapi jika anda ingin membeli dan daftarkan domain tersuai anda sendiri (seperti YourCompanyName.com) itu pun boleh.

Kami juga telah memudahkan proses untuk anda di sana. Lihat artikel kami tentang cara mendaftarkan nama domain tersuai anda dengan GetResponse.

Betapa mudahnya untuk membina tapak web dengan Pembina Tapak Web GetResponse?

Anda boleh membuat tapak web berfungsi sepenuhnya dengan mudah tanpa pengetahuan pengekodan. Pada masa ini, terdapat dua cara untuk membina tapak web menggunakan Pembina Tapak Web GetResponse:

  • AI kami boleh menyediakan keseluruhan tapak untuk anda berdasarkan jawapan anda kepada beberapa soalan ringkas. Anda mendapat tiga tapak web prabina untuk dipilih, yang kemudiannya boleh disesuaikan dalam editor seret dan lepas yang mudah digunakan.
  • Anda boleh menggunakan salah satu templat prareka bentuk dan menyesuaikannya dalam ediior seret dan lepas yang mudah.

Berikut ialah beberapa petua pakar tentang cara anda boleh membuat tapak web yang berjaya dari kosong!

Adakah Pembina Tapak Web GetResponse alat luar talian atau dalam talian?

Pembina tapak web kami boleh diakses melalui akaun GetResponse dalam talian anda.

Apakah beza antara halaman pendaratan dan tapak web?

Sebuah tapak web biasanya dibuat daripada halaman utama dengan tambahan halaman kecil, seperti Tentang kami, Tawaran, Dasar Privasi, dll.

  • URL tapak web anda membuka halaman utama, contohnya, contoh.com.
  • Halaman kecil mempunyai direktori mereka sendiri, contohnya contoh.com/tentang.

Halaman pendaratan adalah halaman tunggal tanpa halaman kecil. Biasanya, ia mengandungi borang langganan, kemudian diikuti dengan halaman terima kasih.

Adakah mempunyai tapak web lebih baik daripada hanya mempunyai halaman Facebook untuk perniagaan saya?

Walaupun media sosial ialah tempat terbaik untuk mempromosikan perniagaan anda dan menjalankan jangkauan pemerolehan pelanggan, terdapat banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan dengan tapak web yang dibuat secara profesional.

Ketahui sebab kami percaya tapak web profesional adalah sama pentingnya dengan halaman Facebook yang khusus dan cara kedua-duanya boleh bekerja seiring untuk memajukan perniagaan anda.

Adakah tapak web saya akan nampak bagus pada peranti mudah alih?

Ya. Tapak web anda yang dibuat dengan Pembina Tapak Web GetResponse dilaraskan untuk kelihatan hebat pada semua jenis peranti secara lalai. Dan dengan lebih 100+ templat pembangun tapak web responsif, anda pasti akan menemui persediaan halaman yang sesuai untuk perniagaan atau bidang kepakaran anda.

Berapakah kos Website Builder?

Pembina Tapak Web ialah sebahagian daripada pelan GetResponse Free, yang bermakna anda boleh gunakan dan mendapat manfaat daripada ciri ini tanpa kos langsung. Lihat halaman harga untuk butiran lanjut.

Bolehkah saya melaraskan sebarang nilai khusus SEO dengan Pembina Laman Web GetResponse?

Ya! Anda akan dapat menetapkan metadata secara khusus (cara tapak web anda akan dipaparkan dengan hasil enjin carian) terus di dalam pembina. Tetapkan tajuk meta yang pantas untuk membolehkan enjin carian anda menentukan skop tapak web anda. Selain itu, anda akan dapat mengisi perihalan meta anda yang boleh membantu meyakinkan pencari bahawa tapak anda adalah tempat untuk mereka.

Adakah saya akan mempunyai akses kepada foto dan gif stok resolusi tinggi percuma?

Tiada tapak web yang lengkap tanpa imejan yang sesuai untuk digunakan. Dan itulah sebabnya kami telah memberikan anda keupayaan untuk menggunakan foto Unsplash berkualiti tinggi terus dalam pembina tapak web secara percuma.

Dan bagi anda yang mencari gif… kami menggunakan kuasa Giphy, jadi anda tidak perlu meninggalkan app anda untuk mencari animasi atau meme yang sempurna.

Adakah saya boleh menerima sokongan teknikal untuk Pembina Tapak Web GetResponse?

Yap! Sekiranya timbul sebarang isu, Pasukan Sokongan Lima Bintang kami tersedia 24/7 melalui bual langsung.

Apa pelan GetResponse Free?‌‍

Pelan GetResponse Free-Forever ialah satu penyelesaian untuk semua perniagaan yang baru bermula untuk menyambungkan perniagaan mereka dalam talian.

Dengan akaun Free, anda boleh:

  • membuat dan menerbitkan 1 tapak web dan halaman pendaratan dengan ciri-ciri asas
  • menghantar surat berita tanpa had dan menggunakan alatan pemasaran emel asas di dalam pembuat emel
  • membuat dan menyimpan draf untuk aset pemasaran seperti surat berita, autoresponder, dan aliran kerja automasi
  • menambah sehingga 1000 kenalan semasa 30 hari pertama (kenalan tak disahkan dan dialih keluar dikira dalam saiz senarai)
  • mengumpul prospek dengan pelbagai jenis borang GetResponse dan simpan ia dalam giliran selama 32 hari
  • menguji dan menggunakan ciri-ciri akaun premium selama 30 hari
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang had pelan GetResponse Free.

Cuba pembina tapak web hari ini

Buat kehadiran unik untuk perniagaan anda.