Mulakan percubaan percuma anda

Petua keselamatan kata laluan:

  • gunakan sekurang-kurangnya 6 aksara
  • gabungan huruf dan nombor
  • gabungan huruf kecil dan besar
  • gunakan aksara khas (cth. @)

GetResponse unuk Perkhidmatan Kewangan

GetResponse memberikan alatan inovatif yang boleh digunakan oleh profesional perkhidmatan kewangan dalam setiap fasa kitar jualan mereka. Sama ada anda adalah pengamal bebas dengan senarai klien yang berkembang, seorang penasihat insurans, broker atau pegawai bank - kami mempunyai sumber untuk mengoptimumkan prestasi pemasaran anda.

Menyampai maklumat penting pada masanya.

Masa itu emas. Pastikan mesej anda mencapai dunia terlebih dahulu.

  • Membina aliran kerja automasi intuitif dan mel kemas kini harian dengan penyenaraian bursa saham dan kadar pertukaran wang asing.
  • Hantar peringatan tentang pembayaran pinjaman, hutang kad kredit, dan polisi insurans sebelum tarikh luput.
  • Gunakan segmen yang disasarkan untuk mencipta mel berfokus hiper; memastikan anda menghantar hanya maklumat paling relevan kepada klien anda.
  • Cipta peringatan automatik dengan berita industri dan prestasi indeks.
  • Mula menjejak laman web untuk tingkah laku pelawat dan pelajari apakah kawasan laman anda mendapat paling banyak perhatian.
  • Hantar mesej yang menepati masa kepada klien kewangan seluruh dunia pada masa tempatan yang konsisten.
  • Gunakan integrasi e-dagang untuk menghantar mel selepas pembelian dan menjejak tingkah laku membeli.

Jadi telus dan boleh diharapkan.

Jadikan setiap tawaran kelihatan berjuta-juta dolar.

  • Gunakan templat emel perkhidmatan kewangan untuk menghantar video daripada pakar anda untuk menambah sentuhan manusia pada komunikasi anda.
  • Buat halaman pendaratan untuk memperkenalkan prospek pada perkhidmatan kewangan, produk insurans dan dana pelaburan.
  • Gunakan kempen drip untuk berkongsi maklumat mendalam tentang pasaran kewangan, perbankan pelaburan, dan instrumen pertukaran perdagangan.
  • Gunakan borang web untuk membolehkan prospek mendapatkan maklumat tentang yuran, komisyen, terma dan syarat.
  • Jangan membuang masa klien berharga walau sesaat dengan maklumat yang mereka tidak berminat. Tapis kenalan menerusi segmen sangat disasarkan dan gunakannya pada aliran kerja komunikasi yang spesifik.

Tingkatkan kesetiaan pelanggan.

Ubah prospek menjadi pelabur dan pelabur menjadi pelanggan setia.

  • Tambah atau tolak mata skor untuk setiap interaksi dengan berita kewangan anda dan beri ganjaran kepada pengguna paling aktif dengan data pasaran eksklusif.
  • Buat halaman pendaratan dengan kajian kes tentang cara pilihan anda mengatasi pasaran.
  • Tambah butang perkongsian untuk membolehkan klien mempromosikan analitik dan ramalan kewangan anda.
  • Jejak trafik pada laman web anda untuk mengenal pasti lokasi panas dan trend yang diminati, kemudian buat susulan dengan komunikasi yang relevan.
  • Pastikan pelanggan anda terlibat dengan kandungan khusus, berita tempatan dan tawaran insurans yang mengikut keperluan mereka.
  • Wujudkan perhubungan peribadi dengan pelanggan anda dengan menyediakan akses pada pakar kewangan anda, ejen insurans, broker dan penasihat cukai.
  • Gunakan alatan pengabaian kart untuk elakkan pembelian berpotensi daripada terabai.

Didik audiens anda.

Sediakan pelanggan anda untuk membuat keputusan bebas.

  • Gunakan borang web untuk pelanggan mendaftar kursus perbankan dalam talian anda, bicara cukai atau sesi Q&A bersama pakar.
  • Buat tutorial video menerangkan selok-belok pasaran kewangan.
  • Hantar bahan pembelajaran tentang cara menjimatkan wang, pilih dana pelaburan dan melabur untuk masa depan.
  • Ciptakan aliran kerja Automasi Pemasaran dengan matlamat pendidikan dan beri panduan kepada peserta menerusi siri komunikasi pendidikan.
  • Galakkan penyertaan dalam siri anda ini dengan menetapkan mata skor untuk aktiviti penglibatan. Pelanggan dengan mata tertinggi mendapat diskaun eksklusif atau promosi.

Urus data pelanggan.

Sekarang anda boleh mengenali klien anda lebih baik daripada mereka kenali diri sendiri.

  • Gabungkan semua senarai pemasaran anda daripada pangkalan data CRM, hamparan klien dan sambungan media sosial dan urus semuanya dari satu platform.
  • Tetapkan tag dan segmenkan pelanggan anda mengikut lokasi, bidang minat dan perkhidmatan kewangan yang mereka gunakan.
  • Buat segmen untuk pelanggan VIP, klien korporat, klien individu dan prospek. Kemudian hantar tawaran yang sangat khusus untuk menarik minat mereka.
  • Takrifkan kriteria dan ciptakan laporan data tanpa had, carta dan statistik untuk mengukur prestasi dan memenuhi sasaran anda.
  • Gunakan data penjejakan acara web untuk menentukan lokasi panas laman web anda dan titik yang lemah.
  • Integrasi e-dagang akan membenarkan anda untuk menjejak tingkah laku belian dan mengoptimumkan promosi masa depan.

Melabur dalam keselamatan dan pematuhan.

Memastikan keselamatan data maksimum dan aduan spam yang minimum untuk melindungi reputasi anda.

  • Tambah penafian perundangan, anotasi dasar privasi dan rujukan T&C untuk memastikan anda mematuhi peraturan perundangan dan undang-undang antarabangsa.
  • Memproses henti langganan secara automatik untuk menghalang komunikasi yang tidak diminta yang boleh dikenakan denda dan penalti.
  • Menyenarai putihkan mesej anda untuk memastikan mereka dapat memasuki sistem untuk semua penyedia perkhidmatan emel utama.
  • Pastikan kandungan adalah selamat dan kukuh dengan kebolehhantaran 99.5% dan keselamatan 100% oleh GetResponse.

Capai klien ketika di luar.

Adakah anda memenuhi keperluan masyarakat mudah alih yang berkembang?

  • Jadikannya mudah untuk klien yang sibuk untuk membaca mesej pada peranti mudah alih mereka.
  • Cetak kod QR pada brosur anda untuk menghala prospek ke berita terkini dengan segera.
  • Membenarkan pembaca untuk melanggan petunjuk harian industri dengan hanya ketik mudah alih.
  • Menghantar kemas kini tentang aplikasi mudah alih dan transaksi dalam talian.

Tambah kuasa GetResponse
pada perkhidmatan kewangan anda.

Pelanggan anda akan menyukai kempen menakjubkan yang anda cipta menggunakan GetResponse.
Ketahui semua yang boleh dilakukan oleh GetResponse untuk perkhidmatan kewangan anda.