Berikan mereka akses pantas ke akaun GetResponse anda dengan log masuk individu masing-masing untuk memudahkan urusan mengurus dan memantau aliran kerja projek anda. Anda boleh menambah sebanyak mana pengguna yang anda inginkan, setiap satu dengan set unik kebenaran dan tahap akses.
Dengan Pasukan, proses moderasi diautomasikan. Permohonan kebenaran akan dihantar terus kepeti masuk pembuat keputusan dan hanya klik mereka yang boleh menerbitkan emel, memberikan anda kepastian bahawa tiada emel dihantar tanpa kelulusan.
Setiap kolaborator boleh diberi peranan spesifik yang akan dipadankan dengan fungsi dan tanggungjawab mereka di dalam sesuatu projek. Anda boleh memilih daripada beberapa peranan yang telah ditetapkan atau mewujudkan peranan tersuai berdasarkan keperluan anda, masing-masing dengan satu set unik keberanaran yang akan menentukan tahap akses mereka.
Boleh melakukan segala-galanya: urus senarai hubungan, hantar emel, atau menambah kolaborator.
Mencipta dan mengemas kini templat, dan menguruskan multimedia, tetapi tidak boleh menghantar.
Meluluskan kempen untuk penghantaran, kemudian melihat dan menganalisis laporan.
Cipta peranan tersuai untuk kolaborator dengan tahap akses dan kebenaran tertentu yang memenuhi keperluan pasukan anda.