Mulakan percubaan percuma anda

Petua keselamatan kata laluan:

  • gunakan sekurang-kurangnya 6 aksara
  • gabungan huruf dan nombor
  • gabungan huruf kecil dan besar
  • gunakan aksara khas (cth. @)

99% Kebolehhantaran E-mel1

E-mel anda diuruskan dengan baik di GetResponse.

1Diberi skor secara bebas oleh syarikat pihak ketiga, Return Path.

Kebenaran Adalah Kunci

Kami sangat menyokong pemasaran e-mel berasaskan kebenaran kerana "zon bebas spam" adalah ramuan penting untuk mencapai kebolehhantaran e-mel yang tinggi. Kerana itu kami mencipta bukan sahaja dasar anti-spam; malah lebih daripada itu kami mencipta budaya anti-spam.

Jabatan anti-penyalahgunaan kami memantau akaun dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas ancaman yang spesifik. Tindakan ini bermula dengan menghantar amaran malah menutup akaun bila perlu. Tetapi tindakan paling penting kami adalah pendidikan. Kami menyebarkan pengetahuan pemasaran, etiket e-mel dan amalan terbaik di blog, surat berita dan panduan pengguna percuma kami.

Lingkaran Maklum Balas dan Senarai Putih

Matlamat kami adalah memastikan e-mel anda sampai ke peti masuk pelanggan anda. Jadi kami secara automatik mengeluarkan pelanggan yang menandakan e-mel anda sebagai spam, untuk melindungi reputasi anda dan menjamin penghantaran masa depan.

Sejak 1998, GetResponse mengambil bahagian dalam kitaran maklum balas untuk memupuk hubungan rapat dengan semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) utama, termasuk:

AoL, Outlook, Yahoo, Synacor, Fastmail, Time Warner Cable, SilverSky, Comcast, Bluetie, Cox, Rackspace, Tucows, Mail.ru, Yandex, Terra.com.br, Zoho, Seznam.

Aol.Time Warner CableYandexSilverSkyFastMailterra
Outlook.comZOHOSezam.czrackspacesynacor
tucowsYahoo!mail.ruCOXComcast

Hasilnya, GetResponse disenaraiputihkan oleh semua ISP utama, dan e-mel kami menerima keutamaan pengendalian.

Kebersihan Senarai Automatik

Kami memproses permintaan pilih keluar dan lantunan serta-merta untuk mengekalkan senarai pemasaran e-mel anda bebas daripada masalah kebolehhantaran. Ini meningkatkan reputasi anda sebagai penghantar, memastikan pematuhan CAN-SPAM dan meningkatkan kadar peletakan peti masuk anda.Kami secara automatik menambah pengepala senarai henti langgan yang berfungsi dengan ciri henti langgan terbina dalam daripada penyedia perkhidmatan e-mel utama seperti Gmail.

Penghantaran E-mel Bertaraf Dunia

Matlamat kami adalah untuk menyediakan kebolehhantaran e-mel yang terbaik seboleh mungkin. Dan disebabkan kebolehhantaran adalah sasaran bergerak, kami bekerja bersama pemimpin industri seperti Return Path, Litmus, Port 25, SpamHaus dan SpamAssassin untuk menjamin teknologi kebolehhantaran e-mel yang terbaik.

Proaktiviti Industri

GetResponse adalah ahli berwibawa bagi semua organisasi industri e-mel utama, termasuk yang disenaraikan di bawah. Kami giat mengambil bahagian dalam merumuskan amalan dan standard terbaik e-mel agar pelanggan kami boleh mendapat manfaat daripada kadar penghantaran terbaik.Kumpulan Kerja Anti-Penyalahgunaan Pemesejan (MAAWG) adalah salah satu daripada organisasi global terbesar yang bekerja menentang segala bentuk penyalahgunaan pemesejan. MAAWG menentang spam, pemancingan data, serangan nafi khidmat (DoS), spam mudah alih dan bentuk lain penyalahgunaan e-mel. Organisasi ini mempunyai keanggotaan global yang mewakili lebih satu bilion peti mel.Majlis Pengalaman E-mel (EEC) adalah organisasi profesional global yang menyokong pemasaran e-mel, dengan memberi penekanan pada pulangan atas pelaburan (ROI).Pakatan Kepercayaan Dalam Talian (OTA) adalah kumpulan industri yang disokong lebih 100 organisasi. Ia menggalakkan inovasi yang melindungi pengguna Internet dan meningkatkan kepercayaan dalam talian.Perikatan Penghanatr dan Penyedia E-mel (ESPC) adalah kumpulan pemimpin industri yang bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah spam dan kebolehhantaran melalui sokongan perundangan, pembangunan teknologi, dan standard industri.SuretyMail adalah perkhidmatan akreditasi yang digunakan secara meluas untuk penghantar e-mel yang disediakan oleh Institut untuk Dasar Awam Internet Sosial (ISIP). Ia menganjurkan dan menyokong persidangan industri e-mel antarabangsa dan sidang kemuncak kebolehhantaran.

Pengesahan

Kami menggunakan pengesahan untuk mengelakkan e-mel anda daripada disalah anggap dan disekat oleh penapis spam. Platform GetResponse menyokong Rangka Kerja Dasar Penghantar (SPF) dan menandatangani mesej dengan Mel Dikenalpasti Kekunci Domain (DKIM).Rekod Rangka Kerja Dasar Penghantar (SPF) adalah sejenis rekod Perkhidmatan Nama Domain (DNS) yang mengenal pasti pelayan mel yang mempunyai kebenaran untuk menghantar e-mel bagi pihak domain anda.Mel Dikenalpasti Kekunci Domain (DKIM) adalah kaedah untuk mengenal pasti penghantar yang berkaitan dengan domain mesej dan reputasinya. Ia menilai sama ada untuk mempercayai atau tidak mesej untuk penghantaran.

Bersedia untuk membawa pemasaran e-mel anda ke tahap seterusnya?

Semak imbas semua ciri