Mulakan percubaan percuma anda

Petua keselamatan kata laluan:

  • gunakan sekurang-kurangnya 6 aksara
  • gabungan huruf dan nombor
  • gabungan huruf kecil dan besar
  • gunakan aksara khas (cth. @)

Syarat, Tindakan dan Penapis

Menjana nilai pangkalan data pemasaran anda

Logik Automasi Pemasaran GetResponse

Automasi Pemasaran berdasarkan pada intuitif logik jika-kemudian.

JIKA syarat tertentu wujud
Tapis, takrif atau hadkan
KEMUDIAN ambil tindakan spesifik

Automasi Pemasaran GetResponse mencari senarai pemasaran anda untuk mencari syarat yang anda tentukan dan mengambil tindakan tertentu. Anda boleh berkomunikasi dengan audiens dengan lebih ketepatan menggunakan alatan dipanggil penapis.

Di sini adalah senarai segera untuk pilihan anda bagi mentakrifkan syarat, tindakan dan penapis.

Syarat

Automasi Pemasaran GetResponse menjadikan penetapan syarat semudah tunjuk
dan klik
. Syarat ini boleh digunakan untuk mentakrif sasaran anda:

Skor

Gunakan skor untuk mentakrifkan kumpulan pelanggan yang anda mahu hubungi melalui nilai skor mereka.

Langgan

Anda boleh mengecilkan carian anda untuk mereka yang melanggan pada kempen tertentu atau menggunakan kaedah pendaftaran tertentu.

Buka mesej

Tetapkan syarat ini untuk mencari mereka yang membuka e-mel — satu mesej spesifik atau sebarang mesej.

Mesej pautan diklik

Guna syarat ini untuk mencari mereka yang klik pada pautan yang spesifik. Anda juga boleh tetapkan had masa pada bila mereka telah klik pautan.

Nilai tag

Tetapkan syarat ini untuk untuk mencari pelanggan yang anda telah tag pada masa lepas.

Dibeli

Susuli pelanggan anda dan gunakan syarat ini untuk segera berkomunikasi dengan mereka selepas pembelian yang lengkap.

Kart diabaikan

Jejak jika kart dalam talian telah diabaikan dan galakkan pembelian yang lengkap.

URL yang dilawati

Ketahui jika seorang pelanggan telah mengunjungi satu URL tertentu dan terus jejak minat mereka.

Tindakan

Anda sudah menggunakan syarat untuk mencari pelanggan tertentu, sampainya masa untuk mengambil tindakan:

Hantar e-mel

Tindakan ini menghantar e-mel spesifik kepada pelanggan yang anda sasarkan.

Skor

Tindakan ini menambah (atau menolak) jumlah mata yang ditentukan pada skor dari pelanggan yang disasarkan.

Tag

Tindakan ini tag pelanggan yang disasarkan dengan nilai tag yang ditentukan.

Alih

Tindakan ini membenarkan anda untuk memindahkan kenalan anda daripada satu kempen kepada kempen lain hasil dari interaksi dengan aliran kerja anda.

Salin

Salin kenalan anda dari mana-mana kempen yang dipilih bedasarkan kegemaran dan tindakan pelanggan anda.

Medan tersuai

Tetap atau keluarkan medan tersuai pada profil pelanggan.

Tunggu

Gunakan tindakan ini untuk mentakrifkan jumlah masa untuk menunggu sebelum mengambil tindakan. Contoh: untuk syarat terbuka, tunggu dua hari sebelum menghantar e-mel spesifik.

Penapis

Mahu menajamkan sasaran anda lebih lanjut? Gunakan penapis untuk mengecilkan kumpulan pelanggan yang anda mahu berhubung dengan mereka.

Julat

Gunakan penapis ini untuk mengehadkan segmen pada julat yang ditetapkan. Contohnya, anda boleh mencari 50 pelanggan pertama yang membuka mesej.

Jumlah

Tetapkan penapis ini untuk mentakrifkan jumlah pelanggan yang menerima tindakan. Contoh: hantar sijil hadiah kepada 10 pelanggan sahaja.

Segmen dinamik

Gunakan penapis ini untuk menyasarkan pelanggan spesifik dalam aliran kerja anda. Anda boleh mewujudkan segmen dinamik dan aliran kerja spesifik berdasarkan data pelanggan.

Kempen

Penapis kempen membolehkan anda menyasarkan pelanggan spesifik dalam aliran kerja anda berdasarkan kempen yang melibatkan mereka.

Guna senarai ini untuk rujukan segera. Untuk idea tentang bagaimana untuk mereka dan melaksanakan Automasi Pemasaran GetResponse untuk perniagaan anda, muat turun Panduan Perancangan dan Pelaksanaan kami.

Mencari banyak lagi alatan untuk mengembangkan perniagaan anda?

Semak imbas semua ciri